Saturday, February 20, 2010

Pemantauan Pusat Sumber Dan ICT



Tarikh : 10 Februari 2010
Hari : Rabu
Masa : 8.45 - 12.30 tengah hari
Tempat : Pusat Sumber, Pusat Akses dan Makmal Komputer SKTG

SK Tanjong Gading merupakan antara sekolah yang terawal dikunjungi oleh Penyelaras Pusat Kegiatan Guru (PKG) Zon Parit Bunga iaitu En. Mohd Arshad bin Haron bersama-sama Penolong Penyelaras PKG, En. Mohd Adnan bin Redzuan dan Juruteknik PKG, Cik Nurul Hafezah bt Mohamad.

Pemantauan rutin ini lebih menumpukan aspek penilaian Pusat Sumber Sekolah dan ICT. Disamping itu, melalui pemantauan ini Penyelaras Media, Penyelaras ICT dan pihak pengurusan sekolah dapat berkongsi maklumat dan buah fikiran dengan 'orang kuat' PKG.

Ternyata banyak input berguna yang dititipkan oleh En. Mohd Arshad. Beliau berharap agar Pusat Sumber Sekolah dan ICT sekolah ini dapat ditingkatkan penggunaan dengan lebih berkesan. Banyak program yang perlu dirangka untuk kebaikan warga sekolah khasnya, murid-murid SK Tanjong Gading.

Alhamdulillah, beliau banyak memberi komen positif dari hasil pemantauan tersebut. Ini tidak bermakna selepas pemantauan ini Penyelaras Media dan Penyelaras ICT boleh bergoyang kaki dan menarik nafas lega. Masih banyak kerja dalam perancangan yang perlu dilaksanakan. InsyaAllah, kami buat sehabis baik !



No comments:

Post a Comment