Wednesday, February 24, 2010

Motivasi 'Sentuhan Kalbu'



Tarikh : 22 Februari 2010
Hari : Isnin
Tempat : Makmal Komputer
Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang

Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tanjong Gading pada kali ini menganjurkan Program Motivasi Sentuhan Kalbu khas untuk murid-murid tahun 6. Matlamat penganjuran program ini ialah untuk meningkatkan kesedaran diri dan sahsiah murid. Manakala objektif program pula ialah untuk menanam minat murid-murid tahun 6 agar lebih fokus belajar sebagai persiapan untuk menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September nanti.

Penceramah program motivasi ini didatangkan jauh nun dari Kuala Lumpur iaitu En. Mohd Nurnaemi bin Mohd Som dari MSQ Power Training. Sepanjang lima jam program berlangsung, murid-murid ternyata 'terkesan' dengan penyampaian bersahaja En. Mohd Nurnaemi. Pada penghujung program, dilihat inti pati motivasi penceramah begitu meninggalkan 'bekas' dalam hati murid-murid tahun 6. Bak kata Pn. Hjh. Norsidah .. 'Masa semakin suntuk tetapi masih sempat untuk membuat perubahan'.

nota : Penceramah yang diundang merupakan rakan sekuliah Pn. Areeza bt Yusuf di UM. Sesiapa yang berminat dengan motivator En. Mohd Nurnaemi bolehlah menghubungi Pn. Areeza. Sekian ..




No comments:

Post a Comment