Thursday, April 29, 2010

Bantuan Persekolahan Murid Tahun 4 daripada JUITA

Murid-murid penerima bantuan dari kiri : Nurdini, Muhammad Darwis dan Mokhtarudin.

Sesi bergambar bersama-sama Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin.

Sesi penyampaian bantuan persekolahan kepada murid-murid.


Tarikh : 4 April 2010

Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Jubli Intan Segamat

Seramai tiga orang murid Tahun 4 dari golongan susah telah terpilih untuk menerima bantuan persekolahan daripada JUITA (Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Johor). Syarat penerima bantuan persekolahan ini ialah murid-murid yang mendapat kedudukan 10 yang terbaik dalam peperiksaan akhir tahun semasa di tahun 3 dan datang dari keluarga yang berpendapatan rendah.

Sumbangan bantuan persekolahan ini disampaikan oleh Yang Dipertua JUITA, Datin Paduka Dr. Jamilah bt Ariffin. Murid-murid terbabit menerima bantuan wang tunai RM100, buku cerita kanak-kanak dalam bahasa Inggeris, baucer pembelian kain di kedai Jakel bernilai RM50, hamper dan peralatan sekolah.

Sunday, April 4, 2010

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-32

Para ibu bapa dan penjaga mendaftar di kaunter pendaftaran.


Pengawas dan murid penerima hadiah ..


.. murid-murid yang terlibat dalam persembahan.


Ucapan dari Pn. Hjh. Norsidah bt Omar

Ucapan Perasmian dari Y. Bhg. Dato' Hj. Muhammad bin Jaafar.


Persembahan English Songs dari murid-murid Tahun 3 Rajin.


Persembahan Tarian Joget dan Zapin dari murid Tahun 6 Rajin.

Majlis Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang UPSR 2009.


Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-32 pun bermula ..

Tarikh : 2 April 2010
Hari : Jumaat
Masa : 2.30 - 6.00 petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Permuafakatan antara para ibu bapa dan guru-guru telah membawa kepada berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-32. Diharapkan perjumpaan ini menjadi medan kepada para ibu bapa dan guru-guru mencapai titik kesepakatan untuk memacu kecemerlangan murid-murid SKTG.