Thursday, April 29, 2010

Bantuan Persekolahan Murid Tahun 4 daripada JUITA

Murid-murid penerima bantuan dari kiri : Nurdini, Muhammad Darwis dan Mokhtarudin.

Sesi bergambar bersama-sama Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin.

Sesi penyampaian bantuan persekolahan kepada murid-murid.


Tarikh : 4 April 2010

Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Jubli Intan Segamat

Seramai tiga orang murid Tahun 4 dari golongan susah telah terpilih untuk menerima bantuan persekolahan daripada JUITA (Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Johor). Syarat penerima bantuan persekolahan ini ialah murid-murid yang mendapat kedudukan 10 yang terbaik dalam peperiksaan akhir tahun semasa di tahun 3 dan datang dari keluarga yang berpendapatan rendah.

Sumbangan bantuan persekolahan ini disampaikan oleh Yang Dipertua JUITA, Datin Paduka Dr. Jamilah bt Ariffin. Murid-murid terbabit menerima bantuan wang tunai RM100, buku cerita kanak-kanak dalam bahasa Inggeris, baucer pembelian kain di kedai Jakel bernilai RM50, hamper dan peralatan sekolah.

No comments:

Post a Comment