Thursday, March 25, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431H

Faiz Hakimi dan Hamizan sedang mengalunkan ayat suci Al Quran dan terjemahan ayat suci.

Guru-guru dan staf sedang bergotong-royong menyediakan hidangan ..

Encik Ahmad dan Cikgu Farid selaku orang kuat bahagian dapur.

Adibah dan Fitri sedang berzanji ..

Persembahan nasyid Tahun 4 Rajin.

Marhaban beramai-ramai ..

Tayangan video Pendidikan Islam murid tahap 1.

Tetamu jemputan yang hadir ..

Murid-murid tahap 2.

Makan beramai-ramai dalam dulang ..


Pantang jumpa kamera .. harus sengih !


Tarikh : 26 Mac 2010
Hari : Jumaat
Tempat : Tapak perhimpunan, Makmal Komputer dan Pusat Sumber
Masa : 7.15 pagi hingga 12.05 tengah hari

Program Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah kali ini telah berlangsung dengan jayanya. Program tahunan kelolaan Panitia Pendidikan Islam diadakan bagi memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW dan perjuangan baginda.

Sambutan dimulakan pada awal pagi dengan alunan Asma-Ul Husna, Alunan ayat suci Al-Quran bersama terjemahan ayat, Bacaan Berzanji dan Marhaban. Persembahan Nasyid dari Tahun 4 Rajin turut menyerikan lagi program ini. Usai persembahan murid, murid-murid tahap 1 mengikuti tayangan video Pendidikan Islam manakala murid-murid tahap 2 pula mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Nizam Ali.

Menu nasi minyak dimasak oleh Encik Mad (PAR sekolah) dan dibantu oleh guru-guru dan staf sekolah. Murid-murid dan sebahagian guru-guru makan secara berkumpulan menggunakan dulang .. itulah keistimewaan penganjuran program kali ini. Ini merupakan pengalaman baru bagi murid-murid dan ternyata mereka seronok sekali dapat makan bersama-sama sedulang.

nota : Nasi minyak bersama-sama lauk kambing, ayam masak merah, dalca dan penchok memang sangat ummmpphhhh .. Lebih-lebih lagi dimakan semasa panas. 'Marvellous' sungguh !







nota : Tahniah kepada Puan Hasliza kerana telah selamat melahirkan 'baby girl' pada pagi Ahad, 28 Mac lalu ..

No comments:

Post a Comment