Sunday, January 17, 2010

Kursus Kepimpinan 2010

Ahmad Hamizan, murid tahun 4 Rajin yang berani tampil di khalayak ramai ..

Sesi latihan dalam kumpulan

Sesi pembentangan

Tarikh : 16 Januari 2010
Hari : Sabtu
Tempat : Makmal Komputer
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari

Kursus Kepimpinan ini dikelolakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, yang diterajui oleh Pn. Norhayati bt Mohd Yatim dan mendapat kerjasama penuh dari semua guru. Kursus ini disertai oleh murid-murid yang dilantik sebagai pengawas, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, ketua dan penolong ketua kelas pada tahun ini.

Matlamat kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan pemahaman kepada murid-murid meliputi ciri-ciri, tugas dan tanggungjawab seorang pemimpin. Murid-murid juga dilatih bekerjasama dalam satu pasukan.

Kursus ini diserikan lagi dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu En. Abdul Ghani b. Abu Hassan dari SK Sagil Kampung, Ledang. Diharapkan kursus ini dapat membina jati diri dan sahsiah murid-murid ke arah yang lebih positif dan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang.

No comments:

Post a Comment