Thursday, January 21, 2010

Perhimpunan Pagi



Pn. Norashikin sedang mengendalikan Program Citra Bahasa Melayu



Pada setiap pagi murid-murid dan para guru akan berkumpul di Dataran Perhimpunan untuk mengikuti program yang dirancang seperti di bawah ini:-

Isnin, 7.30 - 8.00 pagi
Perhimpunan Rasmi Mingguan

Selasa, 7.15 - 7.25 pagi
Program Citra Bahasa
(kelolaan Panitia Bahasa Melayu)

Rabu, 7.15 - 7.25 pagi
Program EW20
(kelolaan Panitia Bahasa Inggeris)

Khamis, 7.15 - 7.25 pagi
Program Bijak Sains dan Matematik
(kelolaan Panitia Sains dan Panitia Matematik)

Jumaat, 7.15 - 7.45 pagi
Program Membudayakan Al Quran
(kelolaan Panitia Pendidikan Islam)

Nota : Program-program yang dijalankan pada hari Selasa, Rabu dan Khamis juga dikenali sebagai Program Gerak Tumpu.

Wednesday, January 20, 2010

Pembinaan Blok Sekolah Yang Baru (Part 2)


Pembinaan blok sekolah sedang rancak dijalankan. Kini dalam proses pembinaan tingkat dua. Gambar ini diambil pada bulan Januari 2010 ..


Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan






Tarikh : 18 Januari 2010
Hari : Isnin
Tempat : Dataran Perhimpunan
Masa : 7.30 pagi

Pada perhimpunan mingguan - Minggu ke-3, turut diadakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Kelas. Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa, penyampaian watikah pelantikan, diikuti dengan lafaz ikrar murid dan akhir sekali ucapan dari Guru Besar SK Tanjong Gading, Pn. Hjh. Norsidah bt Omar.


Sunday, January 17, 2010

Kursus Kepimpinan 2010

Ahmad Hamizan, murid tahun 4 Rajin yang berani tampil di khalayak ramai ..

Sesi latihan dalam kumpulan

Sesi pembentangan

Tarikh : 16 Januari 2010
Hari : Sabtu
Tempat : Makmal Komputer
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari

Kursus Kepimpinan ini dikelolakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, yang diterajui oleh Pn. Norhayati bt Mohd Yatim dan mendapat kerjasama penuh dari semua guru. Kursus ini disertai oleh murid-murid yang dilantik sebagai pengawas, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, ketua dan penolong ketua kelas pada tahun ini.

Matlamat kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan pemahaman kepada murid-murid meliputi ciri-ciri, tugas dan tanggungjawab seorang pemimpin. Murid-murid juga dilatih bekerjasama dalam satu pasukan.

Kursus ini diserikan lagi dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu En. Abdul Ghani b. Abu Hassan dari SK Sagil Kampung, Ledang. Diharapkan kursus ini dapat membina jati diri dan sahsiah murid-murid ke arah yang lebih positif dan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang.