Tarikh : 4 April 2010
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Jubli Intan Segamat
Seramai tiga orang murid Tahun 4 dari golongan susah telah terpilih untuk menerima bantuan persekolahan daripada JUITA (Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Johor). Syarat penerima bantuan persekolahan ini ialah murid-murid yang mendapat kedudukan 10 yang terbaik dalam peperiksaan akhir tahun semasa di tahun 3 dan datang dari keluarga yang berpendapatan rendah.
Sumbangan bantuan persekolahan ini disampaikan oleh Yang Dipertua JUITA, Datin Paduka Dr. Jamilah bt Ariffin. Murid-murid terbabit menerima bantuan wang tunai RM100, buku cerita kanak-kanak dalam bahasa Inggeris, baucer pembelian kain di kedai Jakel bernilai RM50, hamper dan peralatan sekolah.