Thursday, March 25, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431H

Faiz Hakimi dan Hamizan sedang mengalunkan ayat suci Al Quran dan terjemahan ayat suci.

Guru-guru dan staf sedang bergotong-royong menyediakan hidangan ..

Encik Ahmad dan Cikgu Farid selaku orang kuat bahagian dapur.

Adibah dan Fitri sedang berzanji ..

Persembahan nasyid Tahun 4 Rajin.

Marhaban beramai-ramai ..

Tayangan video Pendidikan Islam murid tahap 1.

Tetamu jemputan yang hadir ..

Murid-murid tahap 2.

Makan beramai-ramai dalam dulang ..


Pantang jumpa kamera .. harus sengih !


Tarikh : 26 Mac 2010
Hari : Jumaat
Tempat : Tapak perhimpunan, Makmal Komputer dan Pusat Sumber
Masa : 7.15 pagi hingga 12.05 tengah hari

Program Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah kali ini telah berlangsung dengan jayanya. Program tahunan kelolaan Panitia Pendidikan Islam diadakan bagi memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW dan perjuangan baginda.

Sambutan dimulakan pada awal pagi dengan alunan Asma-Ul Husna, Alunan ayat suci Al-Quran bersama terjemahan ayat, Bacaan Berzanji dan Marhaban. Persembahan Nasyid dari Tahun 4 Rajin turut menyerikan lagi program ini. Usai persembahan murid, murid-murid tahap 1 mengikuti tayangan video Pendidikan Islam manakala murid-murid tahap 2 pula mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Nizam Ali.

Menu nasi minyak dimasak oleh Encik Mad (PAR sekolah) dan dibantu oleh guru-guru dan staf sekolah. Murid-murid dan sebahagian guru-guru makan secara berkumpulan menggunakan dulang .. itulah keistimewaan penganjuran program kali ini. Ini merupakan pengalaman baru bagi murid-murid dan ternyata mereka seronok sekali dapat makan bersama-sama sedulang.

nota : Nasi minyak bersama-sama lauk kambing, ayam masak merah, dalca dan penchok memang sangat ummmpphhhh .. Lebih-lebih lagi dimakan semasa panas. 'Marvellous' sungguh !







nota : Tahniah kepada Puan Hasliza kerana telah selamat melahirkan 'baby girl' pada pagi Ahad, 28 Mac lalu ..

Kejohanan Olahraga MSSD Ledang 2010

Permandangan di khemah sekolah-sekolah yang mengambil bahagian.

Larian 200m Perempuan Bawah 10 Tahun.

.. Firdaus, Faiz dan Syafie. Gambar Abu dan Zikri tiada kerana tengah sibuk berlari ;)

Anisah, Hidayah dan Zulaikha .. Nurani tiada dalam gambar.

Tarikh : 24 Mac 2010
Hari : Rabu
Tempat : Mini Stadium Kolej Matrikulasi Ledang

Sekolah Kebangsaan Tanjong Gading turut menghantar penyertaan untuk kejohanan Olahraga MSSD Ledang Tahun 2010. Semenjak ditempatkan dalam daerah Ledang, sudah dua kali SKTG mengambil bahagian dalam kejohanan tahunan ini.

SKTG telah menghantar sembilan orang peserta yang mengambil bahagian dalam acara Larian 100m L10, 200m L10, 100m L12, 200m L12, 100m P10, 200m P10, 100m P12, 200m P12, Lompat Jauh L12 dan P12. Namun tiada sebarang pingat yang berjaya dipungut untuk kejohanan kali ini ..

Monday, March 22, 2010

Pembinaan Blok Sekolah Yang Baru (Part 4)



Pembinaan bangunan baru telah memasuki fasa baru. Tingkat empat sudah hendak menampakkan bentuk struktur tiang-tiang yang berdiri kukuh. Manakala tingkat satu dan dua telah siap proses 'plaster' dinding. Tak dapat membayangkan stail tingkap bangunan baru ini .. mungkin rekabentuk baru dan tidak menggunakan tingkap naco biasa. Stailo sungguh!

nota: Wah, tak dapat membayangkan suasana di bilik guru baru nanti. Hee .. Gambar diambil pada bulan Mac.

Sunday, March 21, 2010

Cuti Pertengahan Penggal Pertama 2010

Walaupun cuti penggal kali ini cuma seminggu tetapi kelas tambahan untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tetap diadakan. Kelas tambahan diadakan bermula dari hari Isnin hingga Khamis yang melibatkan matapelajaran teras iaitu Bahasa Melayu (Isnin), Bahasa Inggeris (Selasa), Matematik (Rabu) dan Sains (Khamis).

Sesi persekolahan pada tahun ini sudah masuk bulan ketiga. Diharapkan semua murid tahun 6 lebih fokus belajar dan dapat menyiapkan diri untuk menduduki peperiksaan besar pada bulan September nanti.

nota : Cuti seminggu kali ini .. cikgu-cikgu semua bercuti ke mana? Tapi kurang semangat cuti kali ini sebab belum bergaji. Hehe.

Program Pengurusan Stres





Tarikh : 12 Mac 2010
Hari : Jumaat
Tempat : Makmal Komputer
Masa : 3.00 petang

Majlis Penyampaian Hadiah Program Anti Dadah






Tarikh : 12 Mac 2010
Hari : Jumaat
Tempat : Dataran Perhimpunan
Masa : 7.45 pagi

Sejurus tamat program Membudayakan Al Quran, majlis penyampaian hadiah Minggu Anti Dadah pula diadakan. Inilah acara kemuncak yang paling ditunggu-tunggu oleh semua murid. Tahniah kepada murid-murid berjaya memenangi acara yang dipertandingkan. Kepada murid yang tidak berjaya .. tahun hadapan boleh cuba lagi.

Program Sepanjang Minggu Anti Dadah




Pn. Norhayati dan Pn. Nurmazdiah sedang mengelolakan Program 5 Minit. Program ini dijalankan pada hari Selasa (Pn. Norhayati), Rabu (Cik Suhaila) dan Khamis (Pn. Nurmazdiah). Murid-murid mendengar guru membaca petikan berkaitan dadah dan lima soalan kuiz secara lisan diajukan kepada murid pada penghujung program.





Murid-murid tahap dua sedang tekun menyiapkan lukisan poster Kempen Anti Dadah ..

Sunday, March 7, 2010

Perasmian Minggu Anti Dadah 2010

Pn. Noraimah selaku Penyelaras Program Minggu Anti Dadah sedang memberikan taklimat ..


Ikrar murid sempena Minggu Anti Dadah

En. Othman sedang membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Tarikh : 8 Mac 2010
Hari : Isnin
Tempat : Dataran Perhimpunan
Masa : 7.30 pagi

Tema Program Minggu Anti Dadah pada tahun ini '1 Malaysia Membanteras Dadah'. Pelbagai program dirangka sepanjang minggu ini (8 - 12 Mac 2010) antaranya ialah:-
Pertandingan Esei Anti Dadah
Pertandingan Melukis Poster
Pertandingan Mewarna
Program Lima Minit (Perhimpunan Pagi)
Pertandingan Kuiz
Pameran Anti Dadah

Matlamat program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid akan bahaya dadah kepada diri sendiri dan masyarakat serta memastikan murid-murid mengamalkan cara hidup sihat.

Le Tour De Langkawi 2010


Murid-murid berbaris di tepi jalan ..

Guru-guru yang terlibat mengawasi murid-murid.

Kayuhan para peserta Le Tour De Langkawi ..

.. Kemalangan kecil

Saban tahun Lebuh AMJ menjadi trek laluan bagi acara berprestij bertaraf dunia iaitu Le Tour De Langkawi. Pada 5 Mac 2010 bersamaan hari Jumaat yang lalu, murid-murid SKTG sekali lagi turut berpeluang mengambil bahagian memberi sorakan dan sokongan padu kepada para atlit pelumba basikal yang bertanding khususnya peserta dari Malaysia.

Acara yang dapat murid-murid saksikan secara 'live' ini merupakan pengalaman yang amat berharga. Semoga pengalaman ini memberi inspirasi kepada murid-murid untuk berjaya dalam bidang sukan.

nota : Anuar Manan, peserta dari Malaysia telah dinobatkan sebagai Raja Pecut Peringkat 7 LTDL 2010 sekaligus menyarung Jersi Hijau. Sekalung tahniah dari kami warga SKTG .. Malaysia Boleh ! Hip hip horey ..

Monday, March 1, 2010

Ujian Setara 1 Daerah Muar



Wabak demam melanda .. Cuaca panas luar biasa kebelakangan ini bisa membuatkan kita cepat letih dan demam. Kini ditambah pula dengan demam peperiksaan yang sedang menyerang warga sekolah. Ujian Setara 1 Daerah Muar sedang dijalankan pada 2 Mac hingga 5 Mac 2010.

Walaupun terdapat gangguan bunyi dan persekitaran dari tapak pembinaan bangunan baru, diharapkan ketidakselesaan ini tidak menjadi penghalang kepada murid-murid menjawab soalan peperiksaan dengan bersungguh-sungguh.
Guru-guru sudah berusaha untuk memberikan yang terbaik.

Keputusan murid-murid dalam peperiksaan ini menjadi kayu pengukur berpandukan target pencapaian headcount yang telah disediakan oleh guru mata pelajaran pada awal tahun. Adakah target OTR1 tercapai? .. Selamat menanda kertas peperiksaan buat semua guru.


nota : Jangan lupa minum air kosong secukupnya. Kepada guru-guru yang tidak sihat semoga cepat sembuh ..

Suntikan Murid-Murid Tahun 1

Murid yang sedang menerima suntikan.


Haish .. pandai 'posing'. Langsung tak takut masa tunggu giliran hendak disuntik.

Tarikh : 1 Mac 2010
Hari : Isnin
Tempat : Bilik Pemulihan Khas
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari

Dua orang jururawat dari Pusat Kesihatan Kecil Sungai Mati, Ledang telah datang ke sekolah untuk memberi suntikan pencegahan Difteria, Tetanus, Polio dan MMR kepada murid-murid Tahun 1 Rajin dan Tahun 1 Tekun.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar .. Murid tahun 1 memang berani. Rekod tiada seorang pun yang menangis lepas disuntik. Yeay !

Karnival Koku Akademik Zon Parit Bunga

SJKC Nan Hwa, Sungai Mati



Murid-murid yang menyertai Kuiz Kesihatan Zon Parit Bunga.


Tarikh : 27 Februari 2010

Hari : Sabtu
Tempat : SK Abdullah dan SJKC Nan Hwa, Sungai Mati
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari

Kali ini penganjuran Karnival Koku Akademik Zon Parit Bunga diadakan secara berpusat iaitu di SK Abdullah yang melibatkan Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kajian Tempatan. Manakala, Kuiz Kesihatan dibawah Panitia PJPK diadakan di SJKC Nan Hwa, Sungai Mati.

Ramai murid dari tahun 1 hingga tahun 6 terlibat dalam program ini. Pertandingan dan kuiz sebegini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan persekitaran dan mencungkil bakat serta minat murid-murid.

nota : Maaf, gambar-gambar Karnival Koku Akademik di SK Abdullah tiada .. Akan di 'upload' sekiranya ada ihsan gambar dari guru-guru yang terlibat.