Wednesday, February 24, 2010

Motivasi 'Sentuhan Kalbu'



Tarikh : 22 Februari 2010
Hari : Isnin
Tempat : Makmal Komputer
Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang

Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tanjong Gading pada kali ini menganjurkan Program Motivasi Sentuhan Kalbu khas untuk murid-murid tahun 6. Matlamat penganjuran program ini ialah untuk meningkatkan kesedaran diri dan sahsiah murid. Manakala objektif program pula ialah untuk menanam minat murid-murid tahun 6 agar lebih fokus belajar sebagai persiapan untuk menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September nanti.

Penceramah program motivasi ini didatangkan jauh nun dari Kuala Lumpur iaitu En. Mohd Nurnaemi bin Mohd Som dari MSQ Power Training. Sepanjang lima jam program berlangsung, murid-murid ternyata 'terkesan' dengan penyampaian bersahaja En. Mohd Nurnaemi. Pada penghujung program, dilihat inti pati motivasi penceramah begitu meninggalkan 'bekas' dalam hati murid-murid tahun 6. Bak kata Pn. Hjh. Norsidah .. 'Masa semakin suntuk tetapi masih sempat untuk membuat perubahan'.

nota : Penceramah yang diundang merupakan rakan sekuliah Pn. Areeza bt Yusuf di UM. Sesiapa yang berminat dengan motivator En. Mohd Nurnaemi bolehlah menghubungi Pn. Areeza. Sekian ..




Saturday, February 20, 2010

Cuti Tahun Baru Cina 2010




Kali ini sekolah bercuti selama seminggu untuk sambutan Tahun Baru Cina. Ucapan 'Gong Xi Fatt Chai' kepada semua masyarakat Cina , khasnya kepada Pn. Jenny See Jiun yang merupakan satu-satunya guru yang berbangsa Cina di sekolah ini. Pn. Jenny mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris.

Mengikut kalendar masyarakat Cina, tahun ini dikenali sebagai tahun Harimau. Semoga tahun ini mendatangkan kegembiraan (happiness), kejayaan (prosperity) dan dilanjutkan usia (longevity) kepada Pn. Jenny sekeluarga ..

nota : Kepada cikgu-cikgu lain, cuti panjang kali ni sudah bercuti sampai ke mana? .. Nun jauh ke Shanghai barangkali. Hee.

Pemantauan Pusat Sumber Dan ICT



Tarikh : 10 Februari 2010
Hari : Rabu
Masa : 8.45 - 12.30 tengah hari
Tempat : Pusat Sumber, Pusat Akses dan Makmal Komputer SKTG

SK Tanjong Gading merupakan antara sekolah yang terawal dikunjungi oleh Penyelaras Pusat Kegiatan Guru (PKG) Zon Parit Bunga iaitu En. Mohd Arshad bin Haron bersama-sama Penolong Penyelaras PKG, En. Mohd Adnan bin Redzuan dan Juruteknik PKG, Cik Nurul Hafezah bt Mohamad.

Pemantauan rutin ini lebih menumpukan aspek penilaian Pusat Sumber Sekolah dan ICT. Disamping itu, melalui pemantauan ini Penyelaras Media, Penyelaras ICT dan pihak pengurusan sekolah dapat berkongsi maklumat dan buah fikiran dengan 'orang kuat' PKG.

Ternyata banyak input berguna yang dititipkan oleh En. Mohd Arshad. Beliau berharap agar Pusat Sumber Sekolah dan ICT sekolah ini dapat ditingkatkan penggunaan dengan lebih berkesan. Banyak program yang perlu dirangka untuk kebaikan warga sekolah khasnya, murid-murid SK Tanjong Gading.

Alhamdulillah, beliau banyak memberi komen positif dari hasil pemantauan tersebut. Ini tidak bermakna selepas pemantauan ini Penyelaras Media dan Penyelaras ICT boleh bergoyang kaki dan menarik nafas lega. Masih banyak kerja dalam perancangan yang perlu dilaksanakan. InsyaAllah, kami buat sehabis baik !



Friday, February 5, 2010

Larian Merentas Desa 2010



Majlis Penyampaian Hadiah



Para peserta yang mengambil bahagian


En. Muhammad Farid selaku orang kuat program menyampaikan taklimat ringkas ..

Team Merah yang bersemangat waja


Team Biru yang 'cool and steady jah' ..


Team Hijau yang berkobar-kobar

Team Kuning yang 'happening' ..

Tarikh : 6 Februari 2010
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Jalan disekitar kawasan sekolah

Program Larian Merentas Desa merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Jarak larian sejauh 2.4 kilometer bermula dari pintu pagar sekolah melalui Jalan Parit Penghulu Ibrahim dan memasuki Jalan Parit Ayah Samad kemudian, melalui semula Jalan Parit Penghulu Ibrahim.

Larian ini melibatkan murid-murid dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Pelbagai ragam dan kerenah murid-murid yang mengambil bahagian. Terdapat murid-murid yang sememangnya bersemangat waja dalam larian dan ada juga murid-murid yang berjalan dengan lemah longlai .. Perlu diingat, ini acara larian bukan acara lumba jalan kaki ;)

Acara ini berlangsung dengan jayanya, semua murid selamat sampai ke Check Point 4 tanpa sebarang masalah. Selepas penat berlari, murid-murid berehat sebentar sebelum menikmati makanan percuma yang disediakan oleh pihak sekolah.

Keputusan keseluruhan Larian Merentas Desa 2010 adalah seperti berikut:-
Johan - Rumah Merah
Naib Johan - Hijau
Ketiga - Biru
Keempat - Kuning

.. dan tidak lupa ucapan sekalung tahniah kepada murid-murid yang mendapat tempat pertama hingga kelima belas bagi setiap kategori. Syabas!

Tuesday, February 2, 2010

Pembinaan Blok Sekolah Yang Baru (Part 3)


Kini dalam proses pembinaan tingkat 3. Gambar diambil pada 2 Februari 2010.